Peserta
Nama Pena: Cik Lala
Menggunakan warna putih sebagai tema warna blog, membuatkan saya tidak menjangka pemilik blog ini berjiwa penuh rasa cinta. Pada saya, pemilihan tema yang ditonjolkan saudari Cik Lala ini bersesuaian dengan tujuan asal dia berblog iaitu menjadikan blognya sebagai diari cinta . Masakan tidak, di bahagian headernya sahaja sudah terlakar bait-bait indah buat Kaum Adam. Di kiri blognya juga ada lagi bingkisan cinta. Kata-kata yang dilontarkan memberi satu semangat jiwa untuk para pencari cinta. Ayuh kita berkunjung ke blog sahabat ini.
Peserta
Nama Pena: Eiqa
Pertama Kali melihat header blog ini, hati saya berbisik…cantik.. Bagi saya headernya yang ditata hias tulisan ungu memang kena dengan warna latar belakang blognya iaitu merah jambu.
Blog yang diberi nama Eiqa Azra ini diserikan lagi dengan kelopak bunga dan rama-rama. Sangat cantik hiasannya. Blog yang pada asalnya cuba dijadikan private berubah kepada konsep perkongsian yang berkisahkan pelbagai kisah.. Malahan Eiqa juga saya lihat gemar menyertai segmen dan contest. Apa tunggu lagi, mari kita melawat blognya.
Peserta
Nama Pena: Abby
Diari Hati Mama sebuah blog yang mengisahkan perjalanan hidup pemiliknya yang bergelar surirumah sepenuh masa. Tidak keterlaluan, blog ini saya katakan dedikasikan khas untuk anak kesayangan, Ifran. Satu lakaran memori indah yang diukirkan dengan pamparan gambar anaknya yang comel. Umpama satu diari si comel. Sesuai dengan temanya, setiap perincian blog yang berlatarbelakangkan bunga ros merah, diadun dengan kisah perkembangan si manja. Bagi yang ingin menyulusuri pengalaman bergelar ibu dan mendapat tip-tip penjagaan anak, saya sarankan ke sana.. Malahan penganjur segmen mahupun contest, anda juga digalakkan singgah ke sana kerana pemilik blog yang bernama Abby ini sangat gemar menyertainya.
Jangan lupa terjah blog sebelumnya juga...Berikut adalah linknya
No comments:
Post a Comment