Baca Di Sini Dahulu....Baca Di Sini Dahulu....Baca Di Sini Dahulu....Baca Di Sini Dahulu..Baca Di Sini Dahulu....Baca Di Sini Dahulu....

Baca di sini dahulu

Tutorial ini sekadar satu panduan biasa dalam mengemaskini blog...penulis tidak akan bertanggungjawab untuk sebarang dosa yang terhasil daripada penjanaan melalui penggunaan tutorial dalam blog ini..Harap pengguna berfikir terlebih dahulu soal dosa dan pahala sebelum membuat keputusan dalam mengaplikasikan pengetahuan yang diperoleh dari blog ini. Marilah sama-sama kita menjaga amalan kita..:)

Wednesday, November 23, 2011

Produk daripada Shoppingtk

Selamat malam kepada semua pengunjung blog ini.
terima kasih atas kesudian melapangkan masa
untuk singgah sebentar ke sini

Untuk makluman..
shoppingtk3.blogspot.com
ada melancarkan 
produk yang pelbagai jenis, corak dan warna


Di bawah hanya beberapa contoh 
produk yang ditawarkan










Untuk melihat produk lain..
bolehlah singgah ke blog

shoppingtk3.blogspot.com

jika sahabat sekalian berminat untuk mendapatkan
boleh terus isi 
order form di blog

shoppingtk3.blogspot.com

Tuesday, November 15, 2011

Jam-versi 1

Jom kita belajar cara memasukkan jam ke dalam blog pula





Langkah 1: Search laman web


Langkah 2: 
Buat pilihan (Box merah)
lihat hasilnya (circle oren)
kemudian
Copy html (box biru



Langkah 3: Masukkan html ke dalam blog anda

Cara memasukkan html
boleh lihat dengan klik website di bawah



Alhamdulliah siap :)

Terima kasih kerana sudi melihat tutorial yang tidak seberapa daripada saya ini...saya menulis sekadar berdasarkan pengalaman dan pemahaman yang saya peroleh..
Saya sangat berbesar hati menerima sebarang komen daripada anda untuk kebaikan bersama..Tinggalkan sebarang pandangan atau pertanyaan di ruang komen..:)

Monday, November 14, 2011

Jom Terjah Blog Mereka!!-Part 5




Peserta


Nama Pena: Cik Lala

Menggunakan warna putih sebagai tema warna blog, membuatkan saya tidak menjangka pemilik blog ini berjiwa penuh rasa cinta. Pada saya, pemilihan  tema yang ditonjolkan saudari Cik Lala ini bersesuaian dengan tujuan asal dia berblog iaitu menjadikan blognya sebagai diari cinta . Masakan tidak, di bahagian headernya sahaja sudah terlakar bait-bait indah buat Kaum Adam. Di kiri blognya juga ada lagi bingkisan cinta. Kata-kata yang dilontarkan memberi satu semangat jiwa untuk para pencari cinta. Ayuh kita berkunjung ke blog sahabat ini.



Peserta


Nama Pena: Eiqa

Pertama Kali melihat header blog ini, hati saya berbisik…cantik.. Bagi saya headernya yang ditata hias tulisan ungu memang kena dengan warna latar belakang blognya iaitu merah jambu.
Blog yang diberi nama Eiqa Azra ini diserikan lagi dengan kelopak bunga dan rama-rama. Sangat cantik hiasannya. Blog yang pada asalnya cuba dijadikan private berubah kepada konsep perkongsian yang berkisahkan pelbagai kisah.. Malahan Eiqa juga saya lihat gemar menyertai segmen dan contest. Apa tunggu lagi, mari kita melawat blognya.



Peserta 


Nama Pena: Abby

Diari  Hati Mama sebuah blog yang mengisahkan perjalanan hidup pemiliknya yang bergelar surirumah sepenuh masa.  Tidak keterlaluan, blog ini saya katakan dedikasikan khas untuk anak kesayangan, Ifran. Satu lakaran memori indah yang diukirkan dengan pamparan gambar anaknya yang comel. Umpama satu diari si comel. Sesuai dengan temanya, setiap perincian blog yang berlatarbelakangkan bunga ros merah, diadun dengan kisah perkembangan si manja. Bagi yang ingin menyulusuri pengalaman bergelar ibu dan mendapat tip-tip penjagaan anak, saya sarankan ke sana.. Malahan penganjur segmen mahupun contest, anda juga digalakkan singgah ke sana kerana pemilik blog yang bernama Abby ini sangat gemar menyertainya.



Jom Terjah Blog Mereka!!-Part 4


Peserta 


Nama Pena: Cik eiyda


Peserta segmen seterusnya juga menggunakan temanya warna pink. Cuma kali ini hiasan warna pinknya ditabuti bunga-bunga kecil  dan diserikan dengan beberapa love di bahagian headernya. Nama ameiyda yang dijadikan tajuk header di blog ini..Menurut pemilik blog ini, Nama ameiyda cukup istimewa kerana gabungan namanya dengan orang tersayang
Amer+eiyda=ameiyda
Wah jiwangnya. Cukup sinonim dengan perkataan itu, remaja yang berasal dari Terengganu ini, gemar menghiasi entrinya dengan kisah cintanya dengan orang tersayang. Malahan banyak tip-tip cinta berdasarkan pengalaman dan pembacaan juga dimasukkan ke dalam entrinya. Maka kepada yang berminat dengan cinta, bolehlah singgah di blog ini.



Peserta



Nama Pena: Liya

Masuk sahaja ke blog Cebisan Kata Hati Liya milik saudari Liya, terasa satu sapaan lembut. Barangkali kerana mainan warna yang digunakan adalah dari jenis tone warna yang lembut lagi menyenangkan.
Empunya blog berjaya menjadikan blognya kelihatan kemas dan tersusun. Saya suka pada susunannya.
Menurut pemilik blog ini, blognya yang baru berusia setahun ini adalah tempatnya untuk bercerita apa sahaja cerita atau dalam istilah mudah blog campur.
Apakata kita singgah sebentar di blog ini.






Peserta


Nama Pena: Panda

Pemilik blog ini adalah satu-satunya peserta lelaki dalam segmen ini. Dengan menggunakan nama Panda, header blognya dihiasi gambar abstrak panda bersesuaian dengan tajuk headernya. Jejaka Diploma Sains Komputer ini, menjadikan blognya sebagai tempat curahan pendapat mengikut pandangan peribadinya. Jom sahabat-sahabat, kita terjah blog jejaka ini. Pasti anda tidak percaya seperti saya saat menjengah blognya..







Jom Terjah Blog Mereka!!-Part 3


Peserta




Nama pena: Dyla
Dyla, gadis seorang gadis berumur 16 tahun yang sukakan warna biru. Maka tidak hairanlah blog yang dihasilkannya menggunakan warna biru sebagai latar belakang.  Gadis yang lahir di Hospital Besar Alor Setar ini tidak keberkatan menerima jejak daripada sahabat-sahabat blogger yang lain. Malahan dia berbesar untuk  follow blog sesiapa sahaja yang sudi follow blognya..Jadi kepada follower blog yang berkeinginan untuk menambah bilangan follower, jom follow blog Dyla .




Peserta



Nama Pena: Nurkhaliesah

Apabila masuk sahaja ke blog ini, akan disambut dengan taburan kelopak ros yang jatuh. Sesuai sangat dengan pemilihan warna lembut putih merah jambu. Terasa romantik berada di sini.
Bagi gadis Shah Alam ini, blog umpama online dairinya. Blog dijadikan tempat dia meluahkan apa yang dirasanya. Malahan blognya juga dijadikan alat perantaraan untuk dia berkongsi info-info yang bermanfaat. Maka apakata, kita singgah ke blog romantik ini.



Peserta


Nama Pena: Little_Scha

Blog ini penuh dengan rasa cinta. Latar belakangnya yang berwarna pink dihiasi love berserta taburan love merah hati menggamit semacam rasa. Tidak keterlaluan saya katakan, blog ini penuh dengan rasa cinta. Sangat sesuai dengan jiwa penulisnya yang sukakan cerita romantik. Kalau tak percaya cuba jengah.
Bagi gadis yang meminati novel Kaulah Sayangku,  apa yang disampaikannya dalam blog adalah personal. Malahan blognya itu juga dijadikan alat untuk dia sampaikan tip-tip. Apalagi, jom lihat blognya. Mana tahu dapat tip yang berguna untuk diaplikasikan dalam kehidupan seharian